Masjid al-Abrar satukan penduduk Pauh Sembilan - Utusan Malaysia

Masjid al-Abrar satukan penduduk Pauh Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Majlis Jalinan Mahabbah Aidilfitri yang merupakan program tahunan anjuran Masjid al- Abrar, Pauh Sembilan, dekat sini, menyerlahkan fungsi masjid yang mampu menyatukan penduduk di kawasan itu.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan ahli khariah masjid yang menyempurnakan puasa enam Syawal tahun ini dan hampir 1,000 penduduk setempat menghadirinya kali ini.

Imam Tua masjid itu, Yuzakky Mohd. Yusoff berkata, program tradisi dianjurkan pada setiap tahun ini berjaya memupuk semangat anak mukim bersatu hati sebagai sebuah keluarga besar al-Abrar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan terus mempelbagaikan aktiviti di Masjid al-Abrar sesuai dengan slogan kami iaitu ‘masjid sebagai pusat sehenti masyarakat’,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Yuzakky berkata, dalam majlis itu. jawatankuasa masjid menyumbangkan 3,000 cucuk sate manakala mee goreng, bihun goreng Singapura, laksa Kelantan, roti jala serta pelbagai lagi kuih muih tradisi disumbangkan oleh ahli jemaah.

SEBAHAGIAN kanak-kanak beratur untuk bersalam dengan Imam Mohd. Yuzakky Mohd. Yusoff di Masjid al-Abrar, Pauh Sembilan, Bachok, Kelantan, hari ini.

“Juadah ini disediakan secara bergotong-royong atas dasar ‘bekwoh’ atau kendurin anak beranak,” katanya.

Dalam majlis sama, seramai 42 anak angkat Masjid al-Abrar terdiri daripada anak yatim dan miskin menerima sumbangan khas manakala kanak-kanak lain tidak ketinggalan menerima duit raya masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini