Pemain Liverpool paling mahal dalam FPL - Utusan Malaysia

Pemain Liverpool paling mahal dalam FPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Fantasy Premier League (FPL) untuk edisi 2019-20 kini dibuka, dengan peserta sedang giat merangka skuad bagi mengharungi musim depan.

Perbelanjaan adalah nilai terpenting berbanding yang lain dalam permainan ini dan mereka sedia memburu pemain bertaraf bintang.

Salah seorang bintang Liverpool kini telah memegang tanda harga paling tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamed Salah, akan menjadi pemain paling mahal dalam permainan fantasi itu msuim depan selepas mencatat nilai 12.5 pound, dengan nilainya berbeza-beza bergantung kepada pemilikan.

Salah mahal 0.5 pound berbanding gandingan Manchester City Raheem Sterling dan Sergio Aguero, manakala rakan sepasukannya, Sadio Mane memegang tanda harga 11.5 pound.

Nilai Salah sebenarnya telah jatuh berbanding 13 pound pada tahun lepas. Bagaimanapun kebanyakan tanda harga pemain Liverpool meningkat selepas mengharungi musim menakjubkan.

Antaranya Andrew Robertson dan Trent Alexander-Arnold yang bernilai 7 pound, sementara Virgil van Dijk 6.5 pound.

Selain itu, turut mengejutkan dalam permainan fantasi musim baharu itu menyaksikan tiada seorangpun pemain Chelsea memegang tanda harga melebihi 7 pound.

Dengan FPL tidak lama lagi akan membuka tirai, peminat perlu menunggu sehingga 9 Ogos untuk merangka skuad terakhir mereka.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini