Bekalan air Kuala Langat dijamin - Utusan Malaysia

Bekalan air Kuala Langat dijamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Penduduk Kuala Langat bakal menikmati bekalan air tanpa gangguan kini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang yang menelan Kos RM587 juta kini telah mula beroperasi bagi membekalkan air bersih terawat kepada pengguna di daerah tersebut.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, LRA yang dibina di kawasan seluas 26 hektar itu mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 200 Juta Liter Sehari (JLH) untuk pengguna di daerah berkenaan bagi fasa pertama dan sebanyak 400 JLH bagi fasa kedua.

“Pembinaan LRA Labohan Dagang ini dimulakan pada bulan Julai 2017 dengan kos pembangunan termasuk kos pengambilan tanah dianggarkan sebanyak RM587 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“LRA ini telah dibangunkan dengan rekabentuk dan dilengkapi komponen -komponen serta peralatan berteknologi tinggi dan dioperasikan sepenuhnya secara automatik bagi menyalurkan bekalan air terawat ke Kuala Langat yang selama ini menerima bekalan melalui LRA Semenyih, LRA Labu dan LRA Sg. Selangor,” katanya semasa berucap merasmikan LRA berkenaan di Labohan Dagang di sini baru-baru ini.

Turut hadir Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Izham Hashim.

Amirudin berkata, dengan siapnya LRA Labohan Dagang (Fasa 1) berkenaan, pengguna di Kuala Langat khususnya akan mendapat bekalan air sendiri dan tidak mengharapkan dari LRA lain.

“Sebelum ini, Daerah Kuala Langat merupakan kawasan dihujung sistem bekalan air dan tidak ada satu loji khusus untuk menapung permintaan air, Kuala Langat termasuk kawasan Klang merupakan kawasan terakhir dalam sistem agihan air dari LRA Sungai Selangor Fasa 1 dan 3,” katanya.

Jelasnya lagi, LRA Labohan Dagang yang mempunyai kolam takungan utama seluas 110 hektar juga mampu menyediakan bekalan air mentah selama 75 Hari sekiranya berlaku pencemaran di Sungai Langat ataupun kemarau panjang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini