Mahu sarapan tapi biar kena waktunya - Utusan Malaysia

Mahu sarapan tapi biar kena waktunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menepati waktu pejabat adalah satu kewajiban bagi setiap pekerja tidak kira kakitangan awam atau swasta.

Namun ada satu masalah yang sukar dikikis dalam diri setiap pekerja iaitu sarapan pada waktu bekerja.

Bagi seorang pemilik akaun Twitter,@Mazs5151 budaya itu berlaku terhadap seorang kakitangannya di pejabat yang keluar minum pagi pada waktu pejabat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Budaya keluar minum pagi di pejabat kerajaan harus dihentikan serta-merta. Pagi ini, saya memerlukan bantuan seorang staf di pejabat, staf tersebut keluar minum pagi.

“Waktu kerja sudah bermula, jika ingin minum pagi, bancuh kopi atau teh di ‘pantry’ dan alas perut. Tak perlu keluar,” katanya.

Ciapannya yang dimuat naik sejak Khamis lalu mendapat 9,507 ‘retweet’ dan 6,366 tanda suka.

Menurutnya, dia berada di pejabat pukul 7.45 pagi dan akan pergi ke ‘pantry’ minum kopi dan biskut.

“Tidak perlu keluar dari pejabat hanya untuk sarapan,” ujarnya.

Ciapan itu mendapat maklum balas pengikutnya iaitu @yasszauji dengan berkata, budaya sarapan itu baik cuma salahnya pekerja berbuat demikian di luar tempat kerja.

“Yang salah kalau staff keluar dari bangunan tempat kerja. Minum di kedai makan dekat luar dan melebihi waktu rehat yang ditetapkan.

“Itu salah. Tapi kadang susah nak buang culture (budaya) kalau dah lama ‘bertapak’. Management (pengurusan) kena ambil tindakan,” balasnya.

Seorang lagi pengikutnya, @nabielasharif memberi contoh bagaimana sukarnya berurusan dengan pegawai kerajaan pada waktu pagi.

“Bila saya membuat panggilan di jabatan tertentu untuk bercakap dengan pegawai bertugas:

9 pagi: Encik ‘polan keluar minum pagi la.

1.45 petang: encik ‘polan’ tengah lunch lagi la.

4 petang: encik ‘polan’ dah keluar la,” ujarnya.

Diharapkan dengan semangat Malaysia Baharu ini perlu ada satu budaya kerja yang sistematik dan ubahlah sikap bukan untuk prestasi kerja sendiri tetapi menjadi contoh pada keluarga dan masyarakat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini