MB umum keputusan minggu depan - Utusan Malaysia

MB umum keputusan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Jun – Kerajaan negeri Selangor sudah membuat ketetapan baharu dalam isu papan tanda jalan yang tidak mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akan mengumumkannya minggu depan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara tersebut sudah diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu lalu dan masa ini keputusan tersebut perlu digazetkan terlebih dahulu.

Enggan memperincikan terlebih dahulu apakah keputusan itu, Amirudin berkata, beliau juga sudah mengadap Sultan Sharafuddin dan berbincang mengenai keputusan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan umumkan nanti, kami sudah buat keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kita harus memutuskan minit tersebut, dalam masa yang sama, saya telah berbincang dengan Sultan Selangor baru-baru ini.

“Insya-Allah saya akan putuskan dalam minggu depan kerana kita perlukan pengesahan minit mesyuarat itu dulu baru kita boleh laksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini