1 maut tersepit, 1 kanak-kanak cedera kereta bertembung lori - Utusan Malaysia

1 maut tersepit, 1 kanak-kanak cedera kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT – Seorang bapa maut manakala anaknya berusia sembilan tahun cedera selepas kereta Honda Civic dinaiki dua beranak itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Leburaya Segamat-Kuantan di sini pukul 4.04 petang semalam.

Kemalangan tersebut mengakibatkan Chong Kah Ling, 35, meninggal dunia akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan anaknya, Gan Xue Roy pula terselamat kerana berada di tempat duduk belakang namun mengalami kecederaan.

Pelanggaran secara berdepan itu mengakibatkan bahagian hadapan kereta mangsa remuk teruk dan semasa kejadian kenderaan dua beranak itu datang dari arah Segamat manakala lori berkenaan pula dari Muadzam Shah, Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

 

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Mansor Mohamad berkata, pihaknya mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dan anaknya yang berada di belakang tempat duduk pemandu.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Hospital Daerah Segamat manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis.

 

“Pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke balai polis berhampiran bagi tindakan selanjutnya. Operasi tamat pukul 6 35 petang,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini