Mural Adib diconteng, ada pihak cuba buat onar - Utusan Malaysia

Mural Adib diconteng, ada pihak cuba buat onar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 28 Jun – Kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman November tahun lalu meruntun hati segenap lapisan masyarakat, tetapi kini selepas enam bulan arwah meninggal, ada ‘tangan jahat’ cuba membuat onar.

Ini selepas mural Muhammad Adib yang dilukis di bahagian bawah jalan bertingkat di Seksyen 15, sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan nyawa anggota bomba tersebut diconteng dengan cat hitam, malam semalam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Seorang pengguna Facebook, Sujita Soorian, yang memuat naik mural Muhammad Adib dalam keadaan berconteng itu berkata, dia terkejut melihat keadaan itu kerana pada sebelah siang semalam, mural berkenaan masih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun kau (Muhammad Adib) sudah tiada. Ada orang cuba tutup jejak-jejak pahlawanmu.Mereka pasti gagal. Mereka akan buntu kerana kita tetap bersamamu.

“Tangan-tangan gatal menconteng gambar Allahyarham Adib di Seksyen 15 Shah Alam,” catatnya di Facebook, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini