Argentina di tahap terbaik hadapi Venezuela - Utusan Malaysia

Argentina di tahap terbaik hadapi Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Argentina positif menjelang aksi suku akhir Copa Amerika menentang Venezuela malah ketua jurulatih skuad La Albiceleste, Lionel Scaloni akui mereka sudah tidak sabar untuk memulakan aksi berkenaan pada awal pagi esok.

Sebelum ini Argentina diselubungi prestasi tidak menentu apabila memulakan kempen Copa Amerika dengan kekalahan 0-2 kepada Colombia dan seri 1-1 melawan Paraguay sekali gus meletakkan juara 14 kali itu di ambang penyingkiran awal.

Bagaimanapun, skuad kendalian Scaloni berjaya mempamerkan peningkatan prestasi apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas pasukan pelawat, Qatar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang membawa mereka ke peringkat kalah mati.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemenangan itu telah meningkatkan keyakinan kami.

“Kini kami amat yakin pasukan ini mampu meneruskannya selain masih diselubungi dengan aura yang positif.

“Bagi saya ia perlawanan yang berbeza namun kami tetap akan bermain dengan tiga pertahanan tengah, barisan yang berbeza bukan saja dari sudut pemain tetapi formasi.

“Kami terpaksa akui tidak mudah untuk menentang mereka.

“Jika anda fikir mampu mendominasi perlawanan ia mungkin silap kerana dalam beberapa saat mereka akan menyerang dengan pantas,” kata Scaloni. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini