Maqis Kelantan gagalkan cubaan seludup haiwan, tumbuhan RM1.13 juta - Utusan Malaysia

Maqis Kelantan gagalkan cubaan seludup haiwan, tumbuhan RM1.13 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG – Kerjasama erat Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan dengan agensi penguat kuasa sempadan berjaya mengagalkan cubaan menyeludup haiwan dan tumbuhan bernilai RM1.13 juta.

Pengarah Maqis negeri, Mohd. Azam Yahya berkata, nilai rampasan itu membabitkan tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menurutnya, kejayaan itu adalah disebabkan oleh hubungan kukuh antara Maqis Kelantan dengan agensi penguatkuasaan Thailand dalam mengekang aktiviti penyeludupan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang tempoh itu, lembu menjadi penyumbang hasil tangkapan tertinggi diikuti tumbuhan dan lain-lain.

“Jangkaan kami aktiviti penyeludupan (lembu) ini akan bertambah menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi,” katanya pada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MAQIS Wilayah Timur di Rantau Panjang, di sini hari ini.

Mohd. Azam memberitahu, semalam pihaknya bersama Pasukan Gerakan Am, Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai jenis ikan hiasan yang dianggarkan bernilai RM93,100.

Katanya, kesemua spesis ikan itu dibawa masuk dari negara jiran menggunakan pangkalan haram Lubok Gong di sini semalam.

“Antara spesis yang berjaya dirampas ialah ikan laga, ikan flower horn dan ikan badut.

“Menjadi satu kesalahan mengimport ikan hiasan tanpa permit yang sah dari Maqis mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Permeriksaan Malaysia 2011,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini