Orang Asli Kuala Koh: Keluarga Orang Asli Batek terus dibantu - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Keluarga Orang Asli Batek terus dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Nasib lapan keluarga Orang Asli suku kaum Batek yang kehilangan 15 ahli keluarga mereka akibat krisis kesihatan di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, di sini terus dibantu pelbagai pihak.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) turut prihatin apabila menghulurkan sumbangan wang tunai RM500 kepada setiap keluarga yang meninggal dunia.

Penyampaian sumbangan kepada waris kaum itu diwakili oleh Guru Agama Orang Asli Maik, Kampung Aring 5 dan Kuala Koh, Mohd. Fazli Mamok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohd. Fazli, sumbangan itu diharap dapat mengurangkan bebanan keluarga terbabit bagi perbelanjaan membeli barangan keperluan. 
    
Katanya, walaupun tragedi itu sudah hampir dua bulan berlalu, tetapi ada diantara keluarga terbabit masih belum dapat melupakan peristiwa berkenaan. 
     
“Mereka masih lagi bersedih apabila kehilangan dua sehingga tiga ahli keluarga sekali gus.

“Keluarga terlibat juga masih mematuhi larangan pihak berkuasa untuk tidak bergerak bebas bagi mengelak wabak penyakit itu berjangkit semula,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang bapa mangsa, Rahim Tebu, 60, berkata, mereka berterima kasih kepada pihak pelbagai pihak yang sentiasa mengambil berat soal kehidupan kaum Orang Asli.
     
Katanya, majlis pengebumian dua anaknya, Haika Rahim, 22, dan Farah, 20, bersama 13 lagi jenazah Orang Asli baru-baru ini juga ditanggung Maik.

“Saya dan isteri masih bersedih apabila dua anak hilang secara serentak. Sukar untuk melupakan apabila mereka sakit dan mati di depan mata kami.

“Hari ini, kita terima pula sumbangan wang tunai. Kami hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu kami,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini