2 adik-beradik hilang selepas ke sekolah ditemukan - Utusan Malaysia

2 adik-beradik hilang selepas ke sekolah ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN – Dua adik beradik lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk ke sekolah Isnin lalu ditemui selamat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, Mohd. Adam Mohd. Taufik, 16, dan adiknya, Mohd. Fairus Mohd. Taufik, 12, ditemukan sedang tidur di Surau Flat Jasa, Mutiara Rini, Johor Bahru pukul 4.30 pagi.

“Soal siasat awal mendapati kedua-dua pelajar ini menaiki bas dari Perhentian Bas Pontian ke Stesen Bas Larkin, Johor Bahru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka kemudiannya menaiki teksi ke Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Semasa di situ mereka berteduh di kawasan taman permainan sehingga ditemui berada di Surau Flat Jasa Mutiara Rini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini sebentar tadi.

Mustafa berkata, siatasan mendapati punca mereka lari disebabkan dimarahi bapa mereka kerana tidak hadir ke sekolah.

Selain itu, mereka memberitahu sering diganggu rakan sekelas yang sering bercakap kasar.

“Pasangan adik-beradik ini kemudian mengambil keputusan untuk tidak pergi sekolah pada Selasa dan menaiki bas untuk ke Johor Bahru.

“Mereka tiada hala tuju. Duit raya yang diperoleh pada Aidilfitri lalu digunakan untuk membayar tambang bas dan teksi,” katanya.

Mustafa memberitahu, kedua-dua beradik ini ditemui dalam keadaan sihat.

“Hasil pemeriksaan fizikal mendapati kedua-duanya dalam keadaan sihat dan dirujuk ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Kelmarin, polis menerima laporan kehilangan dua pelajar itu yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Flat A Taman Megah untuk ke sekolah pukul 6.30 pagi.

Mohd. Adam belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perhentian manakala Mohd. Fairus di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini