Fahami fakta, teori dan auta - PAKP - Utusan Malaysia

Fahami fakta, teori dan auta – PAKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Rakyat perlu memahami berhubung tiga perkara iaitu fakta, teori dan auta dalam kehidupan bagi memastikan mereka tidak terjerumus ke dalam perbuatan fitnah.

Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, fakta adalah perkara atau maklumat yang disahkan dan mempunyai sumber yang sahih daripada pihak berkaitan.

“Teori pula adalah pendapat yang diberikan oleh seseorang individu yang mana perkara itu merupakan pendapat atau pandangannya, manakala auta adalah perkara yang tiada sumber asasnya, tidak diketahui betul dan boleh mengundang fitnah jika disebarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penting untuk rakyat memahami berhubung tiga perkara tersebut dan periksa serta sahkan dahulu sesuatu maklumat atau berita yang diterima sebelum disebarkan terutama di laman media sosial,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Mohammad Faiz berkata, rakyat perlu berhati-hati apabila mendapat informasi yang kurang pasti kebenarannya dan jangan menjadi individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkannya.

“Maklumat atau berita yang diterima perlu berdasarkan fakta dan bukti kukuh, ini kerana rakyat kini berada dalam ambang fitnah memfitnah yang mana kesannya boleh menyebabkan berlaku perpecahan masyarakat.

“ Jangan disebabkan penyebaran berita-berita dan maklumat fitnah ini, ia menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman yang dinikmati negara selama ini,” katanya.

Jelasnya, al-Quran turut menjelaskan betapa bahayanya perbuatan memfitnah kepada masyarakat, selain ia juga merupakan dosa besar dalam Islam malah lebih besar daripada dosa membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini