Azih Muda tanding jawatan Naib Presiden Angkasa - Utusan Malaysia

Azih Muda tanding jawatan Naib Presiden Angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sempena Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa Ke-34 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Azih yang akan menamatkan perkhidmatan dengan CUEPACS pada akhir tahun ini berkata, beliau akan menggunakan pengalamannya sepanjang perkhidmatan bersama kesatuan penjawat awam itu untuk membantu kepemimpinan Angkasa.

Beliau malah berkata, pihaknya akan terus mempertahankan kemudahan potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) sepertimana diperjuangkan oleh CUEPACS dalam soal kebajikan penjawat awam di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut demi kesinambungan perjuangan menjaga kebajikan penjawat awam kerana CUEPACS mempunyai hubungan yang begitu baik dengan Angkasa.

“Selama ini kita mendengar pelbagai rungutan antaranya penyelewengan slip gaji, ada potongan sehingga gaji kosong, ada hutang yang terpaksa ditanggung oleh penjawat awam dan sebagainya.

“Jadi apabila saya berada di Angkasa, saya boleh melihat dari dekat isu-isu yang dibangkitkan ini agar tidak membiarkan satu pihak mendapat untung dan pihak yang lain merasa tertekan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini