Pemilihan Bersatu tidak ditangguh - PM - Utusan Malaysia

Pemilihan Bersatu tidak ditangguh – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak akan ditangguhkan, kata Pengerusinya, Tun Dr. Mahathtir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pemilihan Bersatu perlu diadakan lebih awal kerana pentadbiran parti itu ketika ini adalah berasaskan kepada pemimpin yang dilantik. 

“Kita dapati bahawa pentadbiran sekarang ini berasas kepada pemimpin yang dilantik dan kadang-kadang (mereka) tidak berjaya untuk mengembangkan parti,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita hari ini bahawa Bersatu sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan pemilihan kepimpinan partinya yang pertama antara enam bulan hingga setahun untuk menyelesaikan pendaftaran di beberapa cawangannya. 

Menurut laporan itu, pemilihan parti yang sepatutnya dilangsungkan tahun ini perlu ditangguhkan bagi memastikan semua cawangan terlibat didaftarkan secara sah mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini