LONDON – Steven Gerrard dilaporkan berada dalam senarai teratas untuk menggantikan Rafael Benitez selaku pengurus Newcastle.
Benitez akan meninggalkan kelab itu secara rasmi hujung minggu ini selepas kontraknya tamat pada 30 Jun.
Beberapa nama termasuk Laurent Blanc, Claudio Ranieri dan Giovanni van Bronckhorst berada dalam senarai calon untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Benitez.
Jose Mounrinho secara terbuka memberitahu dia tidak berminat untuk mengendalikan pasukan itu.
Menurut Telegraph, Gerrard yang juga pengurus Rangers merupakan calon muda yang menarik minat pengurusan tertinggi Newcastle.
Legenda Liverpool itu sebelum ini menegaskan bahawa dia gembira untuk terus berada di Glasgow dan tidak sabar untuk memulakan kempen musim hadapan bagi menyaingi Celtic.
“Saya gembira mengendalikan Rangers dan fokus saya adalah untuk memulakan musim hadapan.
“Sama seperti saya bergelar pemain. Saya meminta pemain untuk kekal fokus.
“Saya sangat bernasib baik kerana diberikan peluan ini 12 bulan lalu dan tiada apa dapat mengubah pemikiran saya ketika ini.
“Saya gembira menjadi pengurus Rangers. Saya sedang menguruskan salah satu kelab terkemuka dunia dan tiada apa yang boleh mengubah fokus saya ketika ini,” kata Gerrard.-AGENSI











