Kereta bertembung treler, empat sekeluarga selamat - Utusan Malaysia

Kereta bertembung treler, empat sekeluarga selamat

ANGGOTA Bomba mengusung mangsa kemalangan ke ambulans untuk dibawa ke hospital.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Empat sekeluarga bernasib baik kerana terselamat daripada maut setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan dekat lampu isyarat Desa Senadin menuju ke Kuala Baram di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kemalangan pada pukul 8.47 pagi itu menyebabkan kereta jenis Perodua Bezza berkenaan terbabas ke tepi jalan.

Katanya, empat orang mangsa yang menaiki kereta terbabit, terdiri daripada pemandu kereta seorang wanita, seorang penumpang perempuan dewasa dan dua kanak-kanak, iaitu adik-beradik, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu perempuan berusia 31 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki serta tangan dan penumpang perempuan berusia 54 tahun hanya mengalami kecederaan kaki, manakala dua kanak-kanak yang masing-masing berusia enam dan tiga tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mangsa tersebut tidak tersepit dan telah dikeluarkan oleh pihak Bomba menggunakan pengusung, seterusnya diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Pemandu treler itu pula katanya, tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini