Kerjasama PH-Muda, tidak untungkan sesiapa

Kerjasama PH-Muda, tidak untungkan sesiapa

KERATAN laporan akhbar Utusan Malaysiaberhubung parti Muda yang bertanding dalam PRN Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada apa yang signifikan di sebalik kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berpandangan, pemberian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh PH kepada Muda hanya mengeruhkan konflik antara komponen.

Beliau berkata, Muda selaku parti baharu tanpa pengalaman dalam arena pilihan raya tidak mampu membuat kejutan, meskipun imej dan identiti dibawa kononnya dapat menarik pengundi muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini Muda tidak ada satu falsafah yang jelas tentang perjuangan. Perjuangan dalam politik ini kita mesti tahu, biar rakyat tahu apakah hala tuju perjuangannya.

“Jadi Muda ini tak berapa jelas. Mungkin pemimpin dia tidak berpengalaman langsung, mungkin seronok untuk membuat parti baharu dan menjangkakan bahawa kononnya golongan muda dipimpin mereka.

“Satu perkara yang susah nak jadi realiti dan harapan mereka kepada PH sukar untuk menjadi kenyataan. PH sendiri pun dalam masalah yang besar, kita tengok PKR sendiri sudah mengasingkan diri daripada PH,” katanya ketika dihubungi.

Dalam PRN Johor, PKR akan menggunakan logo sendiri, sementara Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP kekal menggunakan logo PH.

Terdahulu, Muda telah diperuntukkan enam kerusi hasil rundingan bersama Amanah dan DAP.

Ditanya adakah Barisan Nasional (BN) akan meneruskan momentum kemenangan di Melaka dalam PRN Johor, Abdul Rahim berkata, segala kemungkinan boleh berlaku waima Perikatan Nasional (PN) juga dilihat mampu mengulangi kejayaan di Sabah.

Jelasnya, BN kali ini terhimpit dengan pelbagai konflik terutamanya isu harga keperluan yang semakin melambung, ditambah pula asbab DUN Johor dibubar tanpa alasan kukuh. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×