Boleh PRN walaupun Covid-19 meningkat - Utusan Malaysia

Boleh PRN walaupun Covid-19 meningkat

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peningkatan kes positif Covid-19 tidak wajar dijadikan alasan untuk menghalang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor daripada diadakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, ini kerana kerajaan sudah lama tidak menjadikan jumlah kes positif sebagai ukuran untuk membatalkan atau melaksanakan sesuatu kegiatan aktviti.

“Kalau dulu sebelum vaksin, bolehlah nak halang dan buat sekatan, tetapi sekarang hampir 90 peratus rakyat sudah divaksin dan dalam hal ini kes di unit rawatan rapi (ICU) yang perlu dijadikan ukuran

“Lihat keadaan di Denmark, negara itu sudah membatalkan pemakaian pelitup muka walaupun kes meningkat tetapi kes di ICU masih boleh ditampung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, seorang pakar kesihatan awam, Prof. Madya Dr. Malina Osman ketika dihubungi berkata, buat masa ini semua aktiviti masih boleh berjalan seperti biasa termasuklah PRN Johor walaupun berlaku peningkatan kes Covid-19.

“Namun Kementerian Kesihatan perlu memperbanyakkan usaha dan kempen untuk meningkatkan penerimaan dos penggalak.

“Berdasarkan angka semasa yang direkodkan, sistem kesihatan kita masih boleh menangani penularan kes itu, jadi tidak ada isu dengan aktiviti sedia ada termasuklah PRN. Saya berpendapat ia boleh dilaksanakan dengan SOP seperti yang dilaksanakan di negeri-negeri sebelum ini,” kata

Setakat semalam sebanyak 11,034 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dan menjadikan kes keseluruhan mencecah 2,925,254 kes setakat ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×