PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.2 bilion (RM486.88 bilion) pada 14 Januari 2022, menurun sedikit berbanding AS$116.3 bilion (RMRM487.30 bilion) pada 31 Disember lalu.
Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
“Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$116.2 bilion/RM486.88 bilion), rizab IMF (AS$102.6 bilion/RM429.89 bilion), hak pengeluaran asas (SDR) (AS$6.0 bilion/RM25.14b bilion), emas (AS$2.3 bilion/RM9.64 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.9 bilion/RM16.34 bilion).
“Aset pula terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM486.17 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.20 bilion), deposit institusi kewangan (RM875.32 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.87 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM21.30 bilion),” katanya dalam kenyataan.
Jelas BNM, modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM182.21 bilion), mata wang dalam edaran (RM153.09 bilion), deposit institut kewangan (RM145.401 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM17.29 bilion), deposit lain-lain (RM6.09 bilion), kertas BNM (RM7.27 bilion), peruntukan hak pengeluaran asas (RM28.14 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.96 bilion). – UTUSAN










