Isu KP SPRM: LPPR tidak terima surat Edmund - Utusan Malaysia

Isu KP SPRM: LPPR tidak terima surat Edmund

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memberitahu badan itu tidak pernah menerima apa-apa surat daripada Edmund Terence Gomez berhubung dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abu Zahar berkata, pegawai Sekretariat SPRM juga telah menghubungi pakar ekonomi itu untuk bersemuka bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan tetapi Edmund didakwa hanya sedia membincangkan perkara itu secara dalam talian.

“Pegawai sekretariat ada hubungi dia (Edmund) untuk bersemuka di pejabat saya di SPRM, Putrajaya atau di Jalan Duta, malangnya beliau tidak setuju.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak akan berkompromi jika terdapat tindakan-tindakan yang tidak profesional dan telus terhadap mana-mana pegawai SPRM termasuk ketua jabatan,” katanya semalam.

Menurut beliau, apabila terdapat kebuntuan untuk mengemukakan perkara yang hendak dibangkitkan, Edmund sepatutnya mengadu perkara itu kepada beliau selaku Pengerusi LPPR.

“Malah, Edmund juga boleh buat laporan polis agar tindakan yang sewajarnya diambil dan tidak sepatutnya membuat tuduhan melalui media sosial dan cetak,” jelasnya.

Oleh itu, kata beliau, setakat ini, LPPR mendapati tiada kesalahan dilakukan seperti yang didakwa dan ini adalah tohmahan yang sengaja dibangkitkan.

Terdahulu, sebuah media melaporkan, Edmund menyangkal tuduhan bahawa beliau tidak membangkitkan dakwaan salah laku dikaitkan Azam dalam e-melnya kepada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) sebelum meletak jawatan sebagai ahli panel berkenaan.

Edmund mendakwa, beliau telah menghantar sekurang-kurangnya lima lampiran berhubung salah laku dikaitkan dengan Azam dalam e-melnya kepada pengerusi panel berkenaan, Borhan Dolah.

Lampiran itu juga didakwa dihantar kepada Abu Zahar selain turut diberikan salinan PDF dengan tarikh dan kandungan surat-menyurat e-mel kepada media.

Isnin lalu, Edmund meletak jawatan sebagai ahli panel perundingan SPRM selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi SPRM.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×