Anita bahagia bersama Mahathir - Utusan Malaysia

Anita bahagia bersama Mahathir

Anita Sarawak dan Mahathir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kami berdua sihat dan bahagia.”

Demikian jawapan suami kepada penyanyi legenda Anita Sa­rawak ketika ditanya menge­nai keadaan mereka yang men­cetuskan tanda tanya peminat industri tanah air berhubung ‘ke­hilangan’ pasangan itu.

Menerusi perbualan peribadi di Facebook baru-baru ini, Mahathir Abdullah berkata, dia dan Anita ki­ni lebih senang menjalani kehidupan secara privasi.

“Terima kasih kerana berta­nya. Kami berdua sihat dan bahagia. Saya harapkan anda dan keluarga juga selamat serta sihat ketika dalam keadaan mencabar ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mahathir tidak menjawab sebarang pertanyaan melibatkan beberapa spekulasi dan desas-desus yang bertebaran sebelum ini.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2001 sebelum ini berdepan beberapa spekulasi antaranya ada yang mendakwa mereka sudah berpisah dan penyanyi kesayangan ramai itu didakwa sedang menjalani rawatan akibat kanser.
Adik kepada Anita yang juga seniwati negara, Noorkumalasari sebelum ini mengesahkan kakaknya dan suami masih menetap bersama di Amerika Syarikat serta berada dalam keadaan sihat.

Norkumalasari sebelum ini juga mendedahkan, Anita sudah bersara daripada dunia seni kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan bersama suami.

Pelakon itu dalam satu kenyataan juga berkata, keputusan itu bukan kerana Anita sudah berpisah dengan Mahathir sebaliknya dia gembira dengan kehidupan sebagai suri rumah.

‘Kehilangan’ Anita dalam industri seni tanah air sejak 10 tahun lalu mencetuskan pelbagai dakwaan dan khabar angin yang belum sahih.

Sehingga kini, segala dakwaan kekal menjadi teka-teki dan cubaan beberapa pihak media untuk mendapatkan kenyataan Anita sendiri gagal.

Menjejaki garis masa Facebook milik Mahathir, kali terakhir dia berkongsi gambar Anita adalah sekitar 10 tahun lepas dan dia lebih banyak berkongsi tentang perkembangan bola sepak dan aktiviti seni lain.

Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd. Taib mula menceburkan diri dalam dunia seni sekitar tahun 1966 dan popular menerusi album With A Lot O’ Soul.

Penyanyi yang kini berusia 69 tahun itu kemudian mencipta nama di Las Vegas dan kembali ke tanah air sekitar tahun 2004.Legenda seni suara itu memiliki aura dan kredibiliti yang sentiasa mengagumkan peminat industri seni dan Anita kekal satu, tiada galang ganti.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×