MN: UMNO masih bersifat terbuka - Asyraf Wajdi - Utusan Malaysia

MN: UMNO masih bersifat terbuka – Asyraf Wajdi

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO masih bersifat terbuka dalam segala rundingan Muafakat Nasional (MN) meskipun parti itu menerusi Barisan Nasional (BN) dilihat mampu bergerak bersendirian seperti hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, lalu.

Ketua Pergerakan Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki berkata, parti itu sentiasa terbuka dalam apa jua usaha untuk berunding bagi maksud kerjasama yang memberikan manfaat kepada ummah.

“Ramai pemimpin-pemimpin utama Pas yang menghubungi saya menyarankan perundingan MN diteruskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insya-Allah, UMNO sentiasa terbuka dalam apa jua usaha untuk berunding bagi maksud kerjasama yang memberikan manfaat kepada ummah.

“Sebagaimana sebelum PRN Melaka, dua kali saya bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi UMNO mengadakan pertemuan dengan delegasi pimpinan Pas termasuk yang diketuai Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad Wajdi, pihaknya kesal Pas lebih terdorong untuk menerima tawaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding di kerusi-kerusi yang UMNO menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dengan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

“Waktu itu lagi pihaknya membawa mandat Majlis Kerja Tertinggi untuk menawarkan agar Pas dapat bekerjasama dengan BN atas logo Pas.

“Kami tidak sesekali meminta Pas bertanding atas logo BN, tetapi atas logo keramat bulan yang menjadi kebanggaan Pas.

“Bahkan kepimpinan turut menawarkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi menang kepada Pas termasuk kerusi DUN Duyong kawasan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Kamaruddin sendiri.

“Pun begitu, walaupun BN menang besar dengan majoriti dua per tiga iaitu 21 daripada 28 DUN, kepimpinan UMNO masih bersifat terbuka, jauh sekali untuk berasa selesa mahupun sombong dengan kemenangan yang ditakdirkan dalam PRN Melaka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×