MUKADIMAH
BERMULA sebagai petugas media kepada penganjur Kejuaraan Cub Prix pada 2019 telah mencetuskan minat mendalam buat Nur Atikah Azwar untuk menyertai dunia perlumbaan.
Selain hebat di litar lumba, Nur Atikah, 25, atau mesra disapa Ika juga terkenal dalam kalangan peminat sukan permotoran tempatan kerana suka berkongsi ilmu penjagaan motosikal di YouTube.
Keputusan untuk menjadi pelumba bermula pada 2020, di mana dia ketika itu langsung tiada pengalaman berlumba di litar dengan membuat persiapan dalam tempoh tiga bulan.
Atikah yang lebih dikenali sebagai Rider Helmet Pink itu mengakui berdepan pelbagai cabaran pada musim pertamanya berlumba antaranya patah tangan.
Tuneboss-Pink Racing melakar sejarah tersendiri dalam sukan permotoran negara apabila menyertai kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 dan pertama kali dimiliki sepenuhnya oleh wanita.
Bersama wartawan ROZAIDI ZULKIFLI, ruangan Tanya Je…minggu ini ‘mencungkil’ rahsia pelumba comel itu.
1. Cita-cita ketika kecil?
Masa kecil dulu ada banyak cita-cita antaranya Bomba, cikgu Geografi tapi sejak kecil saya memang suka aktiviti lasak.

2. Jika bukan pelumba motosikal, siapa anda ketika ini?
Kalau bukan pelumba motorsikal atau pemilik pasukan lumba, saya ada perniagaan sendiri, jadi saya akan lebih fokus untuk kembangkannya.
3. Motosikal yang diimpikan ?
Banyak sebenarnya tapi buat masa sekarang kalau dapat BMW HP4, dengan Pan America Harley Davidson best jugak.
4. Jika anda superhero, anda nak jadi apa?
Captain Marvel, cantik..
5. Pernah pasang cita-cita nak beraksi di pentas MotoGP?
Wow, kalau saya mungkin tidak tapi kalau nak bawa pasukan saya Pink Racing ada, semoga boleh tercapai suatu hari nanti.

6. Boleh kongsi aktiviti diwaktu lapang?
Waktu lapang biasanya saya akan pergi (menjelajah) cari tempat makan best, asalkan atas motor, boleh hilangkan tekanan
7. Tiga perkara yang orang tidak tahu tentang diri anda?
Saya garang dan seorang yang serius waktu bekerja, mungkin ramai yang tak akan percaya tapi siapa kerja dengan saya dia tau.
Tak suka sarapan.
Dulu seorang atlet silat universiti.
8. Tiga tempat pilihan jika mahu bercuti?
New zealand, Greece, Jepun.
9. Tiga perkataan menggambarkan tentang diri anda?
Berani, periang, comel.

10. Pelumba MotoGP pilihan anda?
Marc Marquez.










