Pemandu van rempuh kanak-kanak dibebaskan dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Pemandu van rempuh kanak-kanak dibebaskan dengan jaminan polis

TANGKAP LAYAR rakaman CCTV kejadian kanak-kanak tujuh dilanggar van sekolah di Sepang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pemandu van yang terbabit merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini, tengah hari semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. 

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad, ketika dihubungi hari ini. 

Md. Noor berkata, pemandu van wanita berusia 31 tahun itu terlebih dahulu ditahan polis semalam untuk diambil keterangan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu van berkenaan telah diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. 

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu,” katanya. 

Katanya, siasatan juga mendapati, pemandu van itu mempunyai lesen memandu yang sah dan van itu turut dilengkapi cukai jalan. 

Dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Nur Alisha Safiya Mohd Azlin maut selepas dirempuh van dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di 

Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), di sini. 

Siasatan mendapati mangsa dikatakan turun dari van berkenaan dan berjalan di hadapan van sebelum dirempuh. 

Difahamkan, setelah selesai menurunkan kesemua pelajar di tadika tersebut, pemandu van telah bergerak maju ke hadapan dimana pada masa yang sama mangsa melintas di hadapan van. 

Sebelum ini, video memaparkan kejadian itu tular di media sosial yang dirakam melalui litar kamera tertutup (CCTV) milik salah seorang penduduk di taman berkenaan.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini