SOP PRN Melaka yang paling pelik di dunia - Utusan Malaysia

SOP PRN Melaka yang paling pelik di dunia

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu menyifatkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah paling pelik dalam dunia.

Menurut beliau, orang awam lain boleh makan secara ‘dine in’ seperti biasa di restoran, manakala ceramah di hadapan lima orang pula tidak dibenarkan .

“Malaysia negara paling pelik dalam dunia, kita pergi ikan bakar penuh tetapi ceramah depan lima orang tidak boleh,” katanya Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bukan sahaja PH, malah semua parti seperti Barisan Nasional dan Perikatan Nasional tidak bersetuju dengan SOP itu.

Beliau berkata, ahli Parlimen pembangkang yang terlibat dalam Jawatankuasa Pandemik akan membangkit perkara itu tidak lama lagi.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi sedikit kelonggaran kepada calon PRN  Melaka berkempen sehingga 20 November depan.

Beliau yang juga Pengarah PRN Melaka berkata, SOP yang diputuskan pada Isnin agak keterlaluan sehingga menyukarkan calon berkempen. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×