Komposisi warna serlahkan mood - Utusan Malaysia

Komposisi warna serlahkan mood

Kesan warna sawah yang menghijau memberikan mood menenangkan dan kedamaian. Warna hijau juga sering digambarkan sebagai warna menyegarkan dan ceria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARNA adalah salah satu unsur komposisi yang paling jelas. Penggunaan warna untuk menarik perhatian adalah teknik paling asas dalam fotografi.

Menerusi warna kita dapat menetapkan mood untuk sesuatu suasana. Warna yang berbeza menimbulkan suasana berlainan.

Sebaliknya, beberapa warna akan dikaji dan digabungkan sebagai usaha untuk menyampaikan bagaimana warna mempengaruhi perasaan penonton.

Warna Tenang

Cool color atau warna tenang cenderung menimbulkan perasaan tenang atau sejuk bergantung kepada bagaimana warna itu digunakan.

Warna-warna dalam kategori ini adalah biru, hijau dan ungu. Ini adalah refleksi bagaimana kita melihat warna di lautan biru yang tenang, biru di langit tanpa awan yang damai dan sejumlah besar ais mempunyai warna biru.

Begitu juga warna hijau sering menyampaikan rasa riang dan segar. Sekali lagi, perasaan kita tentang warna ini terikat dengan bagaimana kita sering mengalami warna di alam ini. Hijau sering digunakan dalam fotografi landskap.

Padang rumput hijau, tanaman dan ladang dapat digunakan untuk menyampaikan suasana pemandangan yang subur.

Warna yang kuat mampu menarik perhatian terhadap bunga selain penggabungan warna latar yang menjadikannya dominan.

Warna Hangat

Warm color atau warna hangat adalah warna-warna yang dikaitkan dengan perasaan kehangatan dan keselesaan. Warna-warnanya adalah kuning, oren dan merah.

Warna hangat pada gambar biasa membuat mata sentiasa tertuju pada objek. Gambar matahari terbenam adalah contoh sempurna bagaimana warna-warna hangat ini menimbulkan rasa selesa.

Cahaya

Penggunaan warna untuk mencipta suasana dalam foto dengan memasukkan objek, dengan warna yang sesuai dalam gambar.

Namun, ada cara lain dalam menggunakan warna untuk mewujudkan mood dalam gambar melalui penggunaan cahaya. Cahaya pagi dan petang atau malam memberi kesan warna dan mood berbeza dalam setiap gambar.

Kombinasi warna merah, kuning dan oren membina karakter warna yang sangat kuat. Dalam komposisi fotografi, warm color adalah warna yang membuat mood seseorang tertarik untuk melihat gambar.

Rumusan

Apabila digunakan secara betul, warna dapat menjadi salah satu kaedah paling berkesan untuk menyerlahkan dan menyampaikan mood dalam gambar.

Mengetahui elemen warna dan fungsinya dalam fotografi, sudah tentu kita mampu membina komposisi warna yang baik di menerusi gambar yang dirakam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×