GPS fokus kekal kerusi menang PRN-11 - Utusan Malaysia

GPS fokus kekal kerusi menang PRN-11

STEPHEN RUNDI UTOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) memberi tumpuan untuk mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11, malah yakin untuk menambah bilangan kerusi yang dikuasai.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata, susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong menamatkan proklamasi darurat di Sarawak pada Rabu, bermakna Sarawak wajib mengadakan PRN Ke-12 dalam tempoh 60 hari selepas pewartaan.

Beliau yang juga Menteri Utiliti Sarawak berkata, sejak tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat pada 21 jun lalu, GPS menggerakkan jentera pilihan rayanya dan kini sudah bersedia berdepan PRN Sarawak Ke-12.

Memuatkan artikel berkaitan…

“GPS sudah bersedia berdepan pembangkang dalam usaha melindungi negeri Sarawak yang kita sayangi, seterusnya meneruskan program pembangunan Sarawak untuk muncul sebagai sebuah negeri maju, seperti yang dinyatakan oleh ketua menteri dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Menjelang 2030,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada PRN Sarawak Ke-11, Barisan Nasional (BN) memenangi 72 daripada 82 kerusi DUN, iaitu ketika Sarawak di bawah kepimpinan Allahyarhan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri.

Secara keseluruhannya, pembangkang hanya memenangi 10 kerusi yang ditandingi, dengan DAP menang tujuh daripadanya, PKR yang bertanding di 41 kerusi, hanya mampu mengekalkan tiga kerusi.

Empat lagi parti bertanding iaitu Pas, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Reformasi Sarawak dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru gagal memenangi sebarang kerusi, manakala kesemua 35 calon Bebas kalah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×