PN tak paksa UMNO bekerjasama - Utusan Malaysia

PN tak paksa UMNO bekerjasama

MOHD. Rafiq Naizamohideen (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Deepavali Melaka Prihatin kepada masyarakat India di Taman Tambak Paya Permai di Ayer Molek, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) negeri mengulangi pendirian tidak memaksa mana-mana parti termasuk UMNO untuk menjalin kerjasama dengannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen menegaskan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat UMNO.

“Bersatu dan PN tidak memaksa sesiapa untuk bekerjasama. Sekiranya keputusan untuk tidak meneruskan sebarang bentuk kerjasama sudah diputuskan, kami terima dan hormatinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu keputusan UMNO dan PN tidak mencampuri urusan parti berkenaan. Biar rakyat yang menilai keputusan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali Melaka Prihatin di Taman Tambak Paya Permai dekat sini hari ini.

Terdahulu, kesemua enam Ketua UMNO Bahagian di Melaka menyatakan pendirian tegas menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRN.

Sementara itu, Mohd. Rafiq yang juga Naib Pengerusi Bersatu memaklumkan, suasana PRN ketika ini sangat baik dan sokongan terhadap PN amat menggalakkan selepas Pas bersetuju bertanding menggunakan logo gabungan itu.

Menurutnya, keputusan itu mencerminkan keyakinan Pas terhadap PN sebagai wadah terbaik untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat.

“Keputusan Pas memberikan motivasi tambahan serta perangsang kepada parti komponen PN yang lain untuk terus maju ke hadapan. Saya berharap PRN kali ini dapat memberikan keputusan terbaik kepada rakyat Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai pembahagian kerusi, Mohd. Rafiq berkata, perkara itu akan diselesaikan sebelum penamaan calon pada 8 November depan.

“Menjelang penamaan calon, segala urusan agihan kerusi akan diselesaikan. Senarai calon juga akan dimaklumkan kepada media kelak.

“Pengumuman calon akan dibuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Melaka. Jadi tunggu sahaja pengumuman nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×