Adik kolaborasi Alia B, Dhan Illiani - Utusan Malaysia

Adik kolaborasi Alia B, Dhan Illiani

T-shirt bercetak koleksi istimewa Alia B X Dhan Iliani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebagai pereka fesyen wanita tempatan, Alia Bastamam memastikan setiap pakaian yang dihasilkan itu adalah pakaian yang beliau sendiri selesa memakainya.

Beliau amat menghargai wanita moden. Atas sebab itu jugalah setiap rekaan yang dicipta itu dihasilkan setelah memahami perwatakan wanita yang feminin.

Oktober atau Pink October sinonim dengan bulan kesedaran kanser payudara.

Sebagai tanda sokongan kepada bulan kesedaran kanser, untuk tahun ke empat, Alia Bastamam menerusi jenama ALIA B meneruskan inisiatifnya menyokong Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

ALIA BUSTAMAN

Ia dengan mengadakan kerjasama dan kolaborasi bersama artis dan personaliti tanah air dalam menghasilkan koleksi istimewa sempena bulan tersebut menerusi koleksi – Ikhlas, Adik.

Koleksi t-shirt dan baju sejuk itu memaparkan sentuhan artis Dhan Illiani.

Kata Dhan, jalur rama-rama dan getah mewakili kelancaran dan perubahan berterusan kanak-kanak mengembangkan sayap mereka.

Katanya walaupun dewasa, kita masih terus berkembang dan belajar. Kita masih mencari tempat dalam masyarakat dan dunia.

“Karya ini membicarakan bagaimana anak-anak membentuk masa depan yang lebih baik,” katanya.

DHAN ILIANI

Dhan ialah artis pelbagai disiplin seni yang memfokus kepada seni visual dan persembahan. Hasil karya seni beliau banyak diterbit atau dipamerkan di dalam dan luar negara antaranya London, New York dan Indonesia.

PLATFORM ARTIS MUDA

Sementara itu kata Alia, hasil sambutan menggalakkan daripada kolaborasi sebelum ini, menyebabkan dia memutuskan meneruskan kolaborasi kali ini. Malah mahu ia dijadikan sebagai platform artis muda untuk berkarya.

“Kita ada ramai seniman muda tempatan. Saya mahu jadikan kerjasama ini sebagai platform untuk mereka berkarya. Bagi saya, mereka berupaya menyampaikan mesej yang kuat dan jelas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×