Anak perempuan Safura meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anak perempuan Safura meninggal dunia

Allahyarham, Noor Shafiela.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Safura Ya’cob berkongsi perkhabaran duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah, semalam.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Dulu Sayang Kini Benci itu memuat naik beberapa hantaran gambar yang memaparkan jenazah telah dimasukkan di dalam van jenazah.

Sehubungan itu, Safura menitipkan doa kehadrat Ilahi agar arwah anak kesayangannya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

“Alhamdulillah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi seharum kasturi.

“Semoga Allah menempatkan kamu anak ku, Noor Shafiela di dalam syurga Allah,” coretnya ringkas.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya dan rakan artis memberi ucapan takziah buat penyanyi berkenaan.

Terdahulu, Safura turut kehilangan seorang anak perempuannya hasil perkahwinan bersama pelakon Sahronizam, Nur Aisyah Mariam yang telah pergi dijemput Ilahi pada 13 September 2011, akibat demam berpanjangan di Hospital Ampang Puteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×