MDEC, KPM, UKM lahir pencipta muda - Utusan Malaysia

MDEC, KPM, UKM lahir pencipta muda

MAHADHIR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), melancarkan Program Inovator Digital (DIP), program pendidikan menengah pertama untuk pencipta muda yang berbakat.

Program itu telah dilancarkan secara maya oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

DR. RADZI JIDIN

Menurut MDEC, program itu fokus kepada pembangunan penginovasiu masa depan menerusi kurikulum Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) yang akan memastikan pembangunan bakat teknologi yang konsisten untuk memenuhi keperluan ekonomi digital.

“Pembangunan DIP merupakan hasil daripada kejayaan program Digital Ninja MDEC, inisiatif kulikurar tambahan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5, yang diadakan semasa cuti sekolah dan program ini telah berjaya melahirkan 515 penginovasi muda berpotensi tinggi sejak lima tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, DIP adalah inisiatif penting yang berperanan merealisasikan matlamat dalam Rangka Tindakan EKonomi Digital Malaysia (MyDigital) iaitu melahirkan pencipta dan penginovasi digital.

“Pelaksanaan program pendidikan menengah untuk murid pintar, yang mengguna pakai faktor utama kejayaan program Digital Ninja, tambahan kepada libat urus mampan antara murid, guru dan mentor industri, akan membantu untuk memupuk lebih ramai penginovasi di negara ini,” katanya.

DR. MOHD. EKHWAN TORIMAN

Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, DIP merupakan kerjasama UKM dan industri dalam usaha mengukuhkan budaya digital berdasarkan lima nilai teras UKM.

Beliau berkata, budaya digital itu akan menggunakan pendidikan futuristik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menekankan terhadap ekosistem pendidikan yang dilengkapi dengan robot dan teknologi penciptaan dron, realiti terimbuh (augmented) dan maya, serta peralatan yang mendorong UKM menjadi peneraju pendidikan tinggi global.

“Saya berharap, kerjasama ini akan menyumbang kepada transformasi pendidikan nasional. UKM akan menyokong hasrat ini dengan mengasah bakat berkualiti bagi menyediakan pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT) untuk pembangunan ekonomi digital negara pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×