KUALA LUMPUR: Pelakon, Namron memuat naik status di akaun Twitter miliknya ada menerima gangguan seksual.
Jelas pelakon filem Mencari Rahmat itu, dia mengesyaki kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ berkenaan gara-gara gambar tidak berbaju yang dikongsikannya baru-baru ini.
“Baru dapat gangguan seksual dimesej oleh pemilik akaun yang profil deskripsi mengatakan ‘saya suka lelaki berusia 40 tahun ke atas’.
“Saya syak, ini semua ada kaitan dengan foto separuh bogel saya. Semoga saya terus tabah dan tidak tergoda.
“Bila saya pergi ke akaunnya, saya dapati banyak gambar lelaki tua tayang anunya. Melayu pun ada,” ciap Namron yang mesra disapa Tok Ayah.
Dalam ciapan berikut, Namron atau nama lengkapnya Shahili Abdan sempat bergurau dengan peminat di ruang komen hantaran ciapan tersebut.
“Tolong jangan minta saya kongsikan pautan. Tidak sanggup wey!,” ciapnya lagi.
Terdahulu Tok Ayah secara sinisnya menyahut cabaran sebuah stesen TV dan segelintir penerbit dengan berpenampilan tidak berbaju di Instagram sebagai respons prasyarat mahukan pelakon sekurang-kurangnya mempunyai sejuta pengikut di media sosial untuk membintangi sesebuah drama.










