WBN #iEmPOWER bantu usahawan - Utusan Malaysia

WBN #iEmPOWER bantu usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMANTAPKAN ilmu pemasaran digital dalam kalangan wanita menjadi matlamat utama Jaringan Pemimpin Muda WIEF (WYN) yang dibangunkan oleh Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Idealab 2020 Series.

Acara dalam talian itu ingin membantu wanita khususnya usahawan untuk aktif dalam pasaran dalam talian, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Pengurus Kanan dan Ketua Inisiatif WBN, Nor Azuwa Mohd. Isa berkata, program yang dibawakan pihaknya bukan sahaja terbuka kepada warga negara tempatan sebaliknya seluruh dunia.

Katanya, disebabkan itu, program ini amat bagus untuk para usahawan menambah baik kemahiran dan juga pengetahuan mereka terutamanya dalam bidang pemasaran digital.

“Kita tahu wanita sekarang sudah pun berdikari dan serba boleh, dan kami dapati selepas pandemik Covid-19 melanda, platform digital merupakan menjadi keutamaan buat semua terutamanya bagi peniaga dalam talian.

“Dengan adanya program dalam talian ini, para usahawan boleh meningkatkan lagi daya pengetahuan dalam usaha menambahbaik ekonomi perniagaan mereka,” katanya ketika ditemui dalam pelancaran taklimat WIEF Idealab 2020 Series di Kuala Lumpur, baru-baru ini

Siri pertama Supporting Startups in the Covid-19 Era yang diadakan melalui platform Zoom disertai kira-kira 200 peserta daripada lebih 30 negara. Program berlangsung selama dua jam itu bertujuan memberi pendedahan lengkap kepada usahawan terutamanya berhubung strategi pemasaran digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×