Pengurusan kuarters di Putrajaya kurang cekap - Utusan Malaysia

Pengurusan kuarters di Putrajaya kurang cekap

Perumahan di Putrajaya. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengurusan penyenggaraan, pembaikan dan naik taraf kuarters di Putrajaya yang kurang cekap menyebabkan kelewatan serahan semula kediaman yang telah dibaiki kepada penghuni baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 dengan menjelasan pengurusan penyenggaraan, pembaikan dan naik taraf kuarters di Putrajaya seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri dilaksanakan dengan kurang cekap dan berkesan.

Menurut laporan berkenaan, terdapat kelemahan dalam pemantauan dan pengurusan aduan kerosakan serta proses pembaikan dan naik taraf unit kuarters kosong yang tidak teratur.

“Keadaan ini menyebabkan kelewatan serahan semula kuarters yang telah dibaiki kepada Unit Kuarters untuk penawaran kepada penghuni baru,” menurut laporan itu.

Laporan sama memaklumkan pengauditan itu melibatkan penilaian terhadap pengurusan penyenggaraan, pembaikan dan naik taraf kuarters di Putrajaya bagi tempoh 2017 hingga 2020 yang meliputi dua bidang utama audit iaitu prestasi aktiviti dan pengurusan aktiviti.

Ia melibatkan BPH sebagai pentadbir aktiviti, dua agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya (PPj) serta 13 kontraktor yang dilantik oleh kedua-dua agensi pelaksana.

“Laporan audit itu mendedahkan yang penyelesaian aduan oleh kontraktor lantikan JKR Putrajaya secara keseluruhannya hanya 75.7 peratus berbanding Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan iaitu 90 peratus.

“Keadaan berlaku kerana banyak aduan yang tertunggak walaupun telah diberi notis peringatan oleh JKR disebabkan prestasi kontraktor yang rendah,” menurut laporan itu.

Tambah laporan itu, walaupun prestasi keseluruhan penyelesaian aduan kontraktor lantikan PPj pada kadar 94 peratus iaitu melebihi KPI 85 peratus yang ditetapkan, terdapat empat kontraktor yang hanya mencapai 45.5 hingga 84 peratus penyelesaian aduan pada bulan tertentu dalam tempoh tahun 2017 hingga 2020.

Selain itu, menurut laporan itu penyelenggaraan preventif melibatkan kerja pemangkasan pokok pagar unit kuarters jenis teres dan pemotongan rumput kuarters jenis banglo tidak dilaksanakan mengikut jadual berdasarkan 314 aduan penghuni.

“Terdapat 141 aduan kerosakan gutter yang bocor atau tersumbat kerana ditumbuhi pokok dan akar menjalar ke dalam saluran di unit kuarters bertanah. Kerosakan itu disebabkan tiada pemeriksaan dan penyenggaraan berkala oleh kontraktor,” jelas laporan berkenaan.

Lima kontraktor lantikan JKR Putrajaya didapati tidak mematuhi Service Level Agreement (SLA) bagi penyelesaian aduan melibatkan sebanyak 2,917 aduan dan penyelesaian aduan yang diambil adalah antara 15 hingga 771 hari, katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×