100 pelajar UPM terima sumbangan bank makanan - Utusan Malaysia

100 pelajar UPM terima sumbangan bank makanan

(Dari kiri) Dr. Mohd. Roslan Sulaiman dan Dr. Mohd. Nizar Sudin dalam majlis penyampaian sumbangan makanan kepada pelajar UPM, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rentetan isu pandemik yang tidak berkesudahan ketika ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM) mengambil inisiatif mengedarkan bantuan set barangan makanan kepada 100 pelajar memerlukan.

Bantuan itu pastinya melegakan pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan kitra-kira 1,000 pelajar sedang mengikuti pengajian di kampus UPM.

Sumbangan bernilai RM10,000 itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin, disaksikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman.

Inisiatif itu adalah di bawah Skim Dana Pendidikan (SDEP) bagi membantu pelajar-pelajar asnaf dan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Skim SDEP diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off untuk meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Untuk rekod, bagi tahun 2021, seramai 313 pelajar menerima manfaat dengan jumlah bantuan sebanyak RM225,440.10.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×