Popia pisang bersalut coklat, rangup dan manis sedap dimakan - Utusan Malaysia

Popia pisang bersalut coklat, rangup dan manis sedap dimakan

Popia pisang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pisang boleh dibuat pelbagai makanan. Kalau sudah bosan makan pisang goreng apa kata cuba buat popia pisang hasil perkongsian Noratiqah Nordin ini. Bahan-bahannya tidak banyak. Cara membuatnya juga mudah. Sekejap sahaja sudah siap.

Gabungan rangup, manis pisang dan coklat ini pasti membuka selera penggemar juadah pembuka selera ini. Selamat mencuba.

Resipi popia pisang:

1 paket kulit popia segera
1 sikat pisang abu
Coklat rice – ini adalah pilihan
Tepung gandum dan air – ini untuk dijadikan pelekat
Nutella – boleh tukar kepada coklat lain jika mahu
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1-Asingkan kepingan kulit popia satu persatu.

2-Ambil pisang. Buang kulit. Potong pisang kepada dua bahagian. Kalau tidak mahu potong pun boleh.

3-Ambil kulit popia dan letak pisang. Letak pisang betul-betul pada bahagian tengah kulit popia.

4-Taburkan coklat rice di atas pisang.

5-Gulung kulit popian berisi pisang dan coklat rice dengan kemas agar coklat rice tidak terkeluar.

6-Sebelum gulungan terakhir, sapukan bancuhan tepung dan air yang dijadikan pelekat itu pada kulit popia.

7-Setelah siap popia berisi pisang ini bolehlah goreng di dalam minyak panas.

8-Goreng hingga kulit popia bertukar warna kepada kekuningan menunjukkan ia telah masak.

9-Angkat popia dan toskan minyak.

10-Hias popia dengan nutella atau coklat kesukaan anda.

Terima kasih: Noratiqah Nordin
Facebook: Noratiqah Nordin/https://www.facebook.com/nooratiqah.noordi
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/posts/3654834958173127/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×