Buat sendiri laksa, guna empat bahan sahaja - Utusan Malaysia

Buat sendiri laksa, guna empat bahan sahaja

Laksa beras.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Laksa antara makanan yang popular masyarakat tempatan. Ada pelbagai jenis laksa yang boleh dicuba. Antara jenis laksa paling popular adalah laksa utara asli dari negeri Kedah dan Perlis, serta laksa Penang dari Pulau Pinang.

Biasanya kalau buat laksa, pasti kita akan beli laksa kering atau laksa basah sebagai bahan utama. Anda boleh beli kedua-dua jenis laksa ini di kedai runcit mahupun pasaraya berdekatan rumah.

Tetapi jika kedua-dua tempat itu sudah kehabisan stok laksa, apa kata anda cuba buat sendiri laksa. Laksa segar yang telah siap hasilnya memang cantik dan tidak putus-putus.

Ia sesuai dimakan dengan laksa pilihan anda. Boleh juga buat stok sebagai simpanan awal untuk hidangan akan datang.

Resipi laksa segar (Untuk dua orang makan)

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
½ sudu kecil minyak
½ sudu besar tepung gandum
Air panas (tak perlu mendidih)

Cara membuat laksa:

1. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan minyak.

2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, kacau dengan sudu hingga jadi bebola.

3. Bila boleh diuli, ambil bebola itu dan uli dengan tangan sebentar hingga menjadi adunan lembut dan tidak melekat di tangan.

4. Masukkan laksa dalam acuan dan putar ke dalam periuk pengukus yang telah disapu sedikit minyak. Kukus dengan api tinggi selama 20 minit.

5. Keluarkan laksa dari pengukus dan rendam dalam air sejuk.

6. Bila hendak dihidang, toskan dan letak laksa dalam mangkuk penghidang.

Terima kasih : Ida Alina Salleh
Facebook: Ida Alina Salleh/https://www.facebook.com/ida.a.salleh.3
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3761531827503439

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×