Pernah ada PM daripada bangsa lain? - Utusan Malaysia

Pernah ada PM daripada bangsa lain?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA UMNO diharamkan oleh Hakim Datuk Harun Hashim pada 1988, beberapa implikasi besar berlaku di negara ini. UMNO 11 (yang membawa kes UMNO ke mahkamah) sebenarnya pun tidaklah berhasrat mengharamkan parti itu.

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika itu sendiri tidak menyangka parti itu akan diharamkan selepas beliau menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO pada 1987. Beliau menang dengan majoriti tipis 43 undi.

Meskipun tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkamah namun, mahkamah telah membuat keputusan hari itu. Akibatnya, UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN). Oleh yang demikian, Dr. Mahathir telah menyerahkan tugas Pengerusi BN kepada Presiden MCA ketika itu, Datuk Seri Ling Liong Sik.

Dan sekali gus Dr. Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Dan berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan.

Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Liong Sik. Bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Liong Sik yang dikatakan menjadi ‘Perdana Menteri’ selama 10 hari dari 4 Februari hingga 13 Februari 1988.
Sesekali tolehlah pada sejarah. Cerdik pandai selalu berkata, sejarah banyak mengajar manusia.

Tetapi manusia biasanya mengulangi perilaku sejarah seperti yang disebut dalam peribahasa Inggeris, History repeats itself.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×