Sajian masakan Thai seperti masak paprik memang sedap menyelerakann. Kalau selalunya kita menggunakan isi ayam, apa kata kita cuba gunakan udang galah pula.
Resipi udang masak paprik yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin Bin Mohamad Arep ini menggunakan bahan-bahan utama seperti sos ikan, daun limau purut, dan pes chili Thai Maepranom yang menjadikan rasanya lebih sedap dan ‘terangkat’.
Aroma harum dari daun limau purut dan rasa masam dan pedas menjadikan udang masak paprik ini jadi masakan kegemaran peminat makanan Thai. Paling penting cara masaknya yang mudah, menjadikan resipi ini jadi pilihan ramai untuk disediakan buat keluarga tersayang. Makan dengan nasi panas memang nikmat. Selamat mencuba.
Resipi udang galah masak paprik
Bahan-bahan:
15 ekor udang galah
½ biji bawang merah – potong bentuk wedges
1 batang serai – diketuk
3 ulas bawang putih – dihiris
1cm halia – dihiris
2 helai daun limau purut – dikoyak
½ batang lobak merah -dihiris
1 sudu makan cili boh
1 sudu makan pes Chili Thai Maepranom
2 sudu sos ikan
3 sudu makan cili sos
3 biji cili padi – boleh lebihkan kalau suka pedas
Daun Ketumbar
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
1-Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis cili boh, serai, halia dan bawang putih.
2-Masukkan pula daun limau purut dan pes cili ke dalam tumisan tadi.
3-Selepas itu masukkan sedikit air, bawang merah, lobak merah dan cili padi. Tumisan tadi telah berubah menjadi kuah likat.
4-Masukkan pula sos ikan dalam kuah yang sedang dimasak itu.
5-Kacau kuah seketika. Selepas itu maasukkan udang galah. Gaul rata bersama kuah.
6-Masukkan sos cili dan bahan perasa secukupnya.
7-Taburkan daun ketumbar.
Terima kasih: Mohamad Arymin Bin Mohamad Arep / Abam Jambang (AJ)
Facebook : Mohamad Arymin / #AbamJambang /https://www.facebook.com/groups/893596560709353/user/100001184961779/










