Pastri Peach Mille Feuilles ‘berhantu’ - Utusan Malaysia

Pastri Peach Mille Feuilles ‘berhantu’

Sajian pemanis mulut kombinasi rasa manis, masam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASTRI manis atau sweet pastry iaitu Peach Mille Feuilles juga dikenali sebagai Peach Strudel kini tular. Malah ia semakin menjadi kegemaran ramai tidak kiralah daripada peniaga sehinggalah suri rumah sehinggakan pelajar juga ramai mencuba untuk membuatnya.

Apa yang istimewa sangat dengan pastri ini sehingga dikatakan berhantu?

Ia dikatakan bukan sahaja diminati di Malaysia ketika ini tetapi ia juga telah dipengaruhi ke negara seberang.

Sebenarnya, pemanis mulut yang boleh dijadikan hidangan minum petang ini sangat mudah disediakan. Dengan menggunakan hanya satu bahan utama iaitu puff pastry dan beberapa tambahan bahan lain, pastri manis ini siap dihidangkan.

Tidak perlu berkeringat untuk sediakan. Hanya dapatkannya di pasar raya atau kedai menjual barangan bakery di bahagian sejuk beku. Resipi ini hasil sumbangan suri rumah yang juga pembuat roti dan kek sambilan, Ilyana Abdullah.

ILYANA ABDULLAH

 

Bahan-bahan:

6 keping puff pastry
1 biji kuning telur (dipukul)
250 gram cream chees
300 gram krim putar bukan tenusu atau atau non-dairy whipping cream
1 sudu besar jus lemon
1 tin buah pic (tapis dan potong nipis)

Cara membuat lapisan pastri:
1. Potong dua puff pastry dan susun di atas loyang yang sudah digriskan.
2. Tutup dengan baking paper dan letakkan dulang lain di atasnya (pemberat supaya pastri tidak terlalu kembang).
3. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
4. Alihkan pemberat dan baking paper.
5. Sapu kuning telur. Sambung bakar 15 hingga 20 minit lagi atau sehingga garing.
6. Sejukkan atas redai.

Cara membuat krim:
1. Pukul cream cheese, jus lemon dan gula aising hingga tekstur menjadi licin.
2. Dalam bekas berasingan, pukul krim putar sehingga kental.
3. Masukkan krim putar ke dalam adunan cream cheese dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan dalam piping bag dan sedia untuk diletakkan ke atas pastri.

Cara penyediaan:
1. Belah dua pastri untuk mendapat lapisan nipis.
2. Paipkan krim ke atas pastri. Susun buah pic di atas krim.
3. Ulang untuk lapisan kedua. Boleh tambah sehingga dua atau tiga lapisan pastri.

Nota:

*Jika mahu hasilkan dalam kuantiti yang banyak, pastri yang sudah dibakar boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Ia boleh tahan selama sehari.

*Krim putar bukan tenusu atau non-dairy whipping cream ada dijual di kedai bahan bakery.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×