Pakai pupur dengan betul, barulah dapat hasil maksimum - Utusan Malaysia

Pakai pupur dengan betul, barulah dapat hasil maksimum

Urut lebihan serum untuk hasil terbaik pada kulit wajah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Orang lain memakai pupur wajah, hasilnya kulit pasti indah dan berseri. Lain pula hasilnya pada Mimi. Seolah-olah pemakaian pupur langsung tidak berkesan buat dirinya.

Barangkali kaedah Mimi memakai pupur salah. Tahukah anda memakai pupur ada kaedah yang betul bagi mendapatkan hasil yang maksimum? Sayang kalau pupur yang kita beli mahal-mahal gagal memelihara keindahan wajah hanya kerana salah pakai. Berikut kaedah betul memakai pupur:

1. Bersihkan wajah dengan pembersih.

2. Bukan dan lekapkan pupur pada wajah dan ratakan dengan jari.

3. Rehatkan diri antara 10 ke 15 minit dan tanggalkan topeng.

4. Urut lebihan serum perlahan-lahan sehingga meresap sepenuhnya pada kulit wajah.

Penggunaan antara 15 minit sehingga 20 minit sambil lakukan urutan perlahan-lahan untuk merangsang sel kulit. Seminggu sekali sudah memadai dalam rawatan memanjakan wajah.

Kulit wajah kusam akibat keletihan akan terasa segar dengan penggunaan pupur. Ia bertindak bagaikan suis yang menghidupkan sel-sel pada bahagian wajah.

Antara fungsi utama pupur ialah mengembalikan melembapkan kulit muka.

Malah, rutin pemakaian pupur wajah mampu menegangkan kulit dan melambatkan proses penuaan seperti garis halus pada penjuru mata dan bibir.

Andai rajin dan mengamalkan secara konsisten, pasti kulit mereka lebih lembut dan licin. Lebih-lebih lagi sekiranya produk digunakan diperkaya dengan khasiat dan vitamin untuk kulit.

Koleksi Hada Labo Kotojyun Serum Mask baharu menampilkan ramuan untuk kulit muda berseri, ia menghidratkan kulit dengan serta-merta dengan satu aplikasi. Hasilnya adalah kulit yang berseri, licin dan lembut sepanjang hari.

Ia terhasil daripada gabungan enam pati Asid Hyaluronik jenama itu sesuai untuk kulit wanita Asia.

Setiap helaian topeng dirumus dengan 23 mililiter (ml) serum kecantikan dengan penyerapan mendalam untuk memberikan kulit kelembapan dan penghidratan segera.

Sesi memanjakan kulit selama 15 minit dengan Kotojyun Mask akan merangsang kulit halus, lembut berseri apabila ditambahkan pada rutin penjagaan kulit yang disyorkan Hada Labo yang juga termasuk pembersih, losyen, serum, pelembap dan pelindung matahari.

Ia hadir dalam tiga varian untuk mengatasi keadaan kulit yang berbeza, merangkumi Premium Moist (menawarkan lembapan mendalam untuk kulit yang sangat kering), Instant Hydration (menawarkan penghidratan segera bagi kulit normal hingga kering) dan Deep Whitening (menawarkan penghidratan dan manfaat pencerahan yang sesuai untuk kulit kering dan berpigmentasi)

Premium Moist Kotojyun Mask
*Dirumuskan dengan lima jenis Asid Hyaluronik (iaitu Asid Hyaluronik 3D, Asid Hyaluronik Penyerap, Asid Hyaluronik, Asid Hyaluronik Nano, Asid Hyaluronik Super), serum penyerapan mendalam, Alga Biru Jepun, tiga jenis Seramida serta Squalene untuk menghidratkan kulit sepenuhnya dari permukaan ke lapisan kulit dalaman.
*Bahan penghidratan yang sangat berkesan ini berganding bahu untuk mengunci, menyimpan dan mengisi air untuk kulit yang lembut, licin dan halus.

Instant Hydration Kotojyun Mask
*Dirumuskan dengan empat jenis Asid Hyaluronik dan mempunyai keupayaan pengekangan air yang tinggi untuk mengunci dan menahan air untuk penghidratan bertahan dan serum dengan penyerapan tinggi, ia menembusi dan melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan sepenuhnya dari permukaan ke lapisan kulit dalaman untuk kulit yang lembut, licin dan halus.
* Empat jenis Asid Hyaluronik yang terdapat di dalam ke dalam Hydration Kotojyun Mask ialah Asid Hyaluronik Super, Hyaluronat Zinc Hydroluzed, Asid Hyaluronik Nano dan Asid Hyaluronik.

Deep Whitening Kotojyun Mask
*Dirumuskan dengan empat jenis bahan pencerah yang sangat mujarab iaitu Arbutin, Asid Tranexamic, Niacinamide dan Ekstrak Licorice untuk perawatan pencerah intensif. Pupur serum kecantikan yang meresap ke dalam menembusi lapisan kulit sehingga dapat memperbaiki kulit, mencerahkan bintik-bintik gelap dan meratakan warna kulit untuk menampakkan kulit yang sihat berseri.

Kesemua jenis produk ini selesa dan memudahkan pernafasan kerana ia diperbuat daripada serat berasal dari tumbuhan yang menjadikannya mampu bernafas dan selesa.

Lembaran tiga dimensi yang mesra kulit dan inovatif ini melekap dengan sempurna pada wajah untuk membolehkan penembusan serum ke dalam kulit secara mendalam, memastikan kulit anda licin dan lembut selepas pemakaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×