Johor terima dua juta dos vaksin bulan ini - Adham - Utusan Malaysia

Johor terima dua juta dos vaksin bulan ini – Adham

ADHAM Baba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Johor akan menerima tambahan bekalan dua juta dos vaksin Covid-19 sepanjang bulan ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tambahan bekalan sejumlah dua juta dos vaksin Covid-19 itu meliputi semua jenis vaksin yang telah pun mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA).

Menurutnya, vaksin ini diagihkan ke seluruh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdapat di negeri Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga hari ini, sejumlah 1,362,398 orang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di negeri Johor, manakala sejumlah 540,895 individu menerima suntikan dua dos vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, secara keseluruhan, sudah 50.2 peratus populasi dewasa di negeri itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Adham berkata, dengan bekalan dua juta dos vaksin yang diagihkan ke Johor pada bulan ini dapat membantu mempercepatkan lagi sasaran mencapai imuniti kelompok di negeri Johor. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×