“Adik harungi saat getir namun dapat dilepasi” - Ibu Izuan Fitri - Utusan Malaysia

“Adik harungi saat getir namun dapat dilepasi” – Ibu Izuan Fitri

Mohd Izuan Fitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada seorang pelakon remaja, Nor Abdul Rani, memaklumkan anaknya, Mohd Izuan Fitri, telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur ekoran dijangkiti kuman tibi.

Menerusi entri Facebook, ibunya memberitahu pembedahan tersebut mengambil masa hampir lapan jam, semalam.

Sehubungan itu, Nor juga menitipkan rasa syukurnya terhadap Ilahi kerana diberikan kekuatan buat anak kesayangannya untuk berjuang melawan penyakit yang dihidapi.

“Alhamdulillah, pembedahan adik yang mengambil masa hampir lapan jam sudah berakhir. Adik mengharungi saat getir namun dapat dilepasi.

“Terima kasih Ya Allah atas kasih sayang Mu memberi adik kekuatan dalam perjuangan. Kau berikanlah keajaiban atas semangat adik untuk sedar wahai tuhan sekalian alam,” ungkapnya di Facebook.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah lekang memanjatkan doa buat anaknya, Izuan.

“Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga buat semua yang tidak putus-putus mendoakan adik. Tetaplah berdoa agar adik boleh sedar selepas pembedahan.

“Semoga adik diberikan kekuatan dan semangat terus kuat untuk melawan segala kesakitan,” katanya.

Sebelum ini, pelakon filem Crossroads: One Two Jaga itu dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut akibat penyakit tibi atau batuk kering.

Kuman tibi yang berada dalam badan Izuan juga telah menyerang organ dalaman termasuk otak dan paru-paru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×