Bersatu sokongan Muhyiddin-Ismail terajui kerajaan - Utusan Malaysia

Bersatu sokongan Muhyiddin-Ismail terajui kerajaan

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya yakin dan percaya dengan segala inisiatif kerajaan seperti Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan pakej-pakej bantuan kepada rakyat bagi menangani pandemik Covid-19 agar ia berjalan lancar serta teratur mengikut perancangan ditetapkan.

“Oleh itu Bersatu memohon semua pihak untuk terus menyokong dan memberikan kerjasama penuh terhadap Pelan Pemulihan Negara yang dirangka oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi membawa negara keluar daripada kemelut pandemik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Parti Bersatu juga menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Seri Paduka kepada cadangan serta usaha kerajaan PN pimpinan Muhyiddin dalam melaksanakan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyembah maklum bahawa dirinya masih mempunyai majoriti dan akan kekal memegang jawatan perdana menteri.

Muhyiddin juga menjelaskan beliau bersedia untuk melalui usul undi percaya dalam persidangan Parlimen yang dijangka diadakan pada September ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×