Kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven menghargai para pelanggan dengan menawarkan hadiah sehingga RM60,000 berupa wang tunai dan e-kupon untuk dimenangi melalui pertandingan Jom Bayar Bil dan Menang.
Pertandingan yang dijayakan bersama Razer Merchant Services itu meliputi semua cawangan di seluruh negara sehingga 19 September ini.
Pelanggan boleh melakukan pembayaran bil di kedai serbaneka itu untuk berpeluang memenangi hadiah utama wang tunai RM 5000 atau e-tunai kupon bernilai RM2000.
Pengurus Besar Pemasaran, Ronan Lee, berkata kerjasama bersama beberapa syarikat itu merupakan usaha bagi menghargai jasa pelanggan yang menyokong mereka selama ini.
“Kami mahu pelanggan memanfaatkan kemudahan pembayaran bil yang disediakan oleh pihak kami sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menjadi salah seorang daripada 27 pemenang bertuah pelbagai hadiah menarik yang disediakan,” katanya.
Untuk menyertai, pelanggan perlu membayar bil di mana-mana cawangan 7-Eleven dan mengisi borang penyertaan di resit pembayaran dan diserahkan kepada juruwang di kauntera.
Antara syarikat yang bekerjasama untuk pertandingan itu ialah Air Darul Aman (SADA), Air Kelantan (AKSB), Air Selangor (Syabas) dan banyak lagi. Maklumat lanjut boleh disemak di laman web rasmi 7-Eleven.










