Apa insentif peneroka setia? - Utusan Malaysia

Apa insentif peneroka setia?

Pembukaan tanah rancangan seperti Felda memberi peluang kepada ramai rakyat negara ini memperbaiki kehidupan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Felda perlu segera mengumumkan insentif kepada peneroka yang tidak mempunyai baki hutang hingga 31 Di­sember 2019.

Peneroka yang mempunyai baki hutang minimum dan langsung tiada hutang perlu diberikan insentif setimpal kerana berjaya mematuhi arahan Felda terutama dalam menguruskan ladang dengan jayanya sepertimana diminta agensi berkenaan.

Antara insentif yang boleh diberikan Felda kepada peneroka ‘setia’ adalah saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) atau dalam bentuk wang tunai yang boleh dijadikan tabungan.

Selain itu, Felda boleh juga melaksanakan program-program tertentu seperti pakej menunaikan haji ataupun umrah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, adalah malang jika kesetiaan mereka tidak mendapat balasan terutama dalam bentuk kewangan.

“Jika suatu ketika dahulu Felda menggalakkan peneroka berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya dengan Felda, kini galakan daripada itu tidak mendapat pengiktirafan sebaliknya yang mempunyai tunggakan hutang yang banyak hingga mencecah lebih RM150,000 le­bih banyak mendapat faedah.

“Felda perlu memikirkan perkara ini dengan serius. Saya sudah pun membangkitkan isu ini pada 14 Julai lalu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbicangan sidang video selama kira-kira dua jam,” katanya di sini semalam.

Sempena Hari Peneroka Felda 2021 pada 7 Julai lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Pelupusan tersebut dilaksa­nakan melalui inisiatif pela­rasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal Felda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×