RM100j kos pindah pesakit ke hospital swasta - Utusan Malaysia

RM100j kos pindah pesakit ke hospital swasta

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM100 juta bagi tujuan penyumberluaran memindahkan pesakit bukan Covid-19 dari hospital kerajaan untuk dirawat di hospital swasta.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kerajaan menyediakan dana berkenaan untuk tempoh dua tahun iaitu RM40 juta buat tahun 2020 dan RM60 juta lagi untuk tahun ini.

“Sebanyak 72 hospital swasta terlibat dalam proses penyumberluaran untuk menempatkan pesakit-pesakit dari hospital kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah ini akan dipertingkatkan lagi khususnya di kawasan Lembah Klang,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Berkenaan kos rawatan yang ditanggung kerajaan, menurut beliau, kadar caj maksimum bagi seorang pesakit ditetapkan antara kerajaan dan swasta berdasarkan tiga kategori utama.

Ini katanya, RM45,000 bagi setiap pesakit bagi rawatan melibatkan pembedahan, RM25,000 untuk rawatan bukan pembedahan dan RM5,000 untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, Adham tidak menjelaskan secara terperinci mengenai jenis penyakit dihidapi bagi setiap kategori berkenaan.

Khamis lalu, Utusan Malaysia melaporkan pesakit bukan Covid-19 di tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan dipindahkan ke hospital swasta serta-merta bagi memberi laluan kepada pesakit Covid-19 dirawat di hospital-hospital kerajaan.

Perpindahan tersebut dilakukan menerusi kerjasama pintar Kementerian Kesihatan dengan hospital-hospital swasta.

Kerajaan dijangka memperluaskan kawasan penempatan pesakit di hospital swasta ke negeri-negeri lain susulan kes jangkitan harian sudah mencecah lebih 15,000 sejak kelmarin.

Dalam pada itu, Adham berkata, seramai 1,383 pesakit kategori pembedahan dan 674 pesakit kategori bukan pembedahan telah dipindah dan dirawat di hospital swasta dengan perbelanjaan berjumlah RM11.6 juta setakat ini.

“Bagi tahun ini sehingga 25 Jun lalu, sebanyak 1,615 pesakit kategori pembedahan dan 696 pesakit kategori bukan pembedahan telah dirawat di hospital swasta dengan kos RM8.84 juta,” katanya.- MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×