Filipina larang kemasukan pelancong dari Malaysia, Thailand - Utusan Malaysia

Filipina larang kemasukan pelancong dari Malaysia, Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Kerajaan Filipina akan melarang kemasukan pengembara dari Malaysia dan Thailand sebagai usaha mengekang penularan Covid-19 di negara ini.

Larangan kemasukan itu berkuatkuasa Ahad ini sehingga penghujung bulan ini, menurut jurucakap pejabat presiden, Harry Roque.

“Langkah ini diambil bagi mencegah peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Filipina,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Filipina sebelum ini melarang kemasukan pengembara dari lapan negara termasuk Indonesia dan India.

Presiden Rodrigo Duterte sebelum ini meletakkan Manila dan empat wilayah lain di bawah sekatan ketat Covid-19 sehingga akhir Julai ini.

Pusat sukan dan pelancongan tertutup serta gim tidak dibenarkan beroperasi, selain kanak-kanak berusia lima dan 17 tahun tidak dibenarkan keluar dari rumah.

Filipina merekodkan sebanyak 47 kes varian Delta dengan lapan daripadanya aktif dan tiga kematian. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×