Intan Najuwa labur RM40,000 bina sauna buat suami

Intan Najuwa labur RM40,000 bina sauna buat suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa mengeluarkan belanja sebanyak RM40,000 bagi membina sebuah sauna di kediamannya sebagai hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran suami.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata, hadiah tersebut dipilih sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang bakal menginjak usia 41 tahun.

Menurutnya, dia mahu memberikan sesuatu yang lebih bermanfaat buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, khususnya dari aspek penjagaan kesihatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahun ini saya putuskan untuk beri hadiah hari lahir yang tidak mengarut sedikit.

“Sempena usianya yang bakal mencecah 41 tahun, saya mengambil keputusan untuk melabur RM40,000 bagi membina sauna peribadi di rumah,” katanya menerusi hantaran Threads.

Dalam pada itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela tersebut turut menitipkan doa agar suaminya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.

“Selamat datang ke fasa kesihatan dan kesejahteraan anda.

“Semoga semakin sihat, semakin bahagia dan panjang umur. Selamat hari lahir lebih awal, suamiku,” ujarnya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara dan Imane Laudya.

HABIS//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini