Prof. Azhar ‘lahir’ lima graduan doktor falsafah

Prof. Azhar ‘lahir’ lima graduan doktor falsafah

Doktor falsafah
Dari kiri: Mohamad Murad Mahyudin Muheji, Meor Mohd. Faizul Abd. Karim, Prof Dr. Azhar Wahid, Rudy Kurniawan Usman, Abdul Wahab Alias, Nor Fairuzshida Zulkifli pada Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-28 di Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJONG MALIM: Profesor Kesusasteraan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Azhar Wahid bersyukur berjaya membimbing lima mahasiswa doktor falsafah sehingga tamat.

Kelima-limanya mene­rima ijazah doktor falsafah yang disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang juga Canselor UPSI pada Istiadat Konvokesyen Ke-28.

“Saya bersyukur membim­bing mereka yang mengkaji bidang kesusasteraan walaupun daripada latar belakang profesion pengurusan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelajar terlibat ialah Dr. Mohamad Murad Mahyudin Muheji, 60, seorang konsultan korporat; Dr. Meor Mohd Faizul Abd Karim, 48, anggota Tentera Darat Malaysia; Dr. Rudy Kurniawan Usman, 50, seorang pemilik syarikat audit dan setiausaha syarikat; Dr. Abdul Wahab Alias, 60, seorang pengurus di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Dr. Nor Fairuzshida Zulkifli, 41, petugas syarikat Maritim Sdn. Bhd.

“Walaupun semua memiliki sarjana dalam bidang pengurusan, saya kagum dengan kete­kunan mereka mengkaji teks sastera menerusi pendekatan pengurusan,” katanya.

Prof. Azhar menggunakan Pendekatan Pengurusan Sastera Prof Mohamad Mokhtar Hassan dari Universiti Malaya berbanding kebiasaan menggunakan teori kesusasteraan Barat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini